Thursday, October 15, 2009

Sembahyang Tiang Agama

Sembahyang itu tiang agama, sembahyang itu anak kunci segala kebaikan (Riwayat Tabrani)

Dari Muaz, r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda :”Kepala atau asas agama (yang aku bawa) ini ialah Islam (melafazkan dua kalimah syahadah yang mengesahkan ) dan (dengan itu) sesiapa yang telah Islam: selamatlah dia (dunia dan akhirat); dan (selain itu) tiang agama ialah sembahyang” (Riwayat Tabrani)

Dalam hadith lain disebut…Bahawasanya sembahyang lima waktu itu tiang agama. Imam Al-Baihaqi meriwayatkan, nabi pernah bersabda yang maksudnya, “Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama..

DariJabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda “Anak kunci syurga ialah sembahyang”. Dalam satu hadith qudsi disebut “Siapa sembahyang fardhu dalam waktu yang ditetapkan, maka tugas Akulah memasukkannya ke dalam syurga. Kalau mereka tidak melakukannya, terpulanglah kepadaKu.

Sembahyang ialah anak kunci yang ada lima bilah iaitu lima waktu sembahyang. Sembahyang boleh menguatkan zahir dan batin. Dari segi zahir sihat tubuh badan kerana banyak pergerakan. Dari segi batin, ia meningkatkan kedudukan rohani seorang Islam disisi Allah. Ada orang yang dinaikkan darjah kedudukannya menjadi wali dengan mengerjakan sembahyang sunat dengan banyaknya (selain fardhu) semata-mata kerana Allah, tanpa melalui ilmu tarikat.

Sabda Rasulullah “Wala Yazalu ‘Abdi Yataqarrabu Ilayya Bin Nawafil… sentiasalah ada hamba-hambaku yang mendekatkan dirinya kepadaku melalui sembahyang-sembahyang (sembahyang sunat mutlak- bukan sembahyang mengiringi waktu)

...>> terlupa kat mana ambil en3 nie kalau ada tuan empunya sila maklumkan ya!

11 comments:

Kerna Kasih Azriey Sinar said...

http://sinarmawaddah.blogspot.com/2009/07/doktor-saintis-memeluk-islam-selepas.html

mai la mai cik mai ramai² kita kongsi ilmu. meh!

seroja jingga said...

thanks atas peringatan ini..salam untuk kamu ea

ruyom said...
This comment has been removed by a blog administrator.
yuking said...
This comment has been removed by a blog administrator.
LiNda said...

Terima kasih atas peringatan anda.

and terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya .

AzRi said...

thnx mempollow..content yg bgus..keep it up

fhad said...

thanks follow saye.. saye jemput kamu ke blog saye lagi satu.. manteramelayu-fhadzyll-fhadzyll.blogspot.com

Abg Din said...

ingat mengingati...

hans said...

thanks follow blog gua yg entah apa2 tu

cik EPAL said...

nice entry ;)

... said...

Salam Cik, terima kasih kerana follow saya. Macamana nak follow cik pula. Salam ukhwah...