Friday, February 6, 2009

Wanita : Elak menjadi penghuni Neraka

DARIPADA Abdullah Umar katanya: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanita lebih ramai menjadi penghuni neraka”.

Seorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni neraka?

Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu”.

Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?”

Rasulullah SAW bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada Ramadan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.” (Hadis riwayat Muslim)

Wanita daripada asal kejadian (fitrah) memang diciptakan berbeza dengan lelaki, adanya kelainan atau perbezaan itu tentu ada maksud serta tujuan tertentu.

Lemahnya agama bagi wanita tidak harus dijadikan alasan untuk memadamkan semangat dalam beribadah kerana pada saat seseorang perempuan haid atau nifas, mereka tidak dapat menjalankan solat dan puasa, mereka sebenarnya masih mampu menjalankan amal ibadah lain berpahala serta dapat mendekatkan diri pada Allah.

Kecuali sebaliknya iaitu jika mereka membabitkan diri dalam perbuatan mendatangkan dosa dan sesuatu yang dapat melalaikan bahkan menjauhkan diri daripada Allah.

Perempuan dikatakan kurang (lemah) akal kerana fikiran mereka mudah terpengaruh, tertipu, terpedaya kerana mereka dikurniakan dengan banyak nafsu dan lazimnya mereka tidak berfikir lebih panjang serta bersifat emosional.

Oleh itu, dalam hal pengadilan, Islam lebih mengutamakan lelaki tetapi dalam hal lain, Islam tidak menolak hakikat ketajaman pemikiran wanita yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki. Hanya sesungguhnya yang membezakan antara makhluk Allah tidak lain hanya nilai ketakwaan mereka.



Sumber: Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia

Berita Harian

6 comments:

AyKay said...

salam ziarah.

tk for sharing

husni said...

Wanita sangat mudah masuk syurga dan sangat mudah untuk terjerumus ke dalam neraka...tinggal untuk wat pilihan je...

WeBViDeOKLiP said...

bagus la blog nie

Unknown said...

Salam,,semoga kamu semua mendapat kejayaan,saya pernah duduk dalam majlis satu orang ulama di indonesia,apa dia cakap,satu wanita,punya fikir dan kalahkan sepuluh orang lelaki,dan apabila wanita ada fikir agama,insyaAllah,seluruh keluarga dia selamat...bahkan jika di sekeliling rumah ada kemungkaran,tp kemungkaran ini tidak akan memasuki rumah wanita tersebut,jika satu orang wanita buat keputusan fikir atas hidayat umat seluruh alam,maka Allah akan beri pahala untuknya seluruh alam,,semoga Allah pelihara kita dan seluruh umat amnya..salam ziarah,jemput beri pendapat atau nasihat di blog saya dan jangan lupa add blog saya sebagai rakan blog anda...tq.

Prof. Era Pasca said...

lelaki pun sama, elak...
to:PR people..
stakat baca quran PUTRI tau baca

linknye:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/penghormatan-yang-di-beri-penghinaan.html

Qib said...

harap2,.

sy dapt berubah ke arah kebaikan..

minta2 ALLAh jauhkan saya dari jd penghuni api neraka,.AMIN..