Friday, December 14, 2007

HIDUP KITA 3 HARI 2 NAFAS

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.

Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia. Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya

terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ... apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini : Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ... Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali

Thursday, November 15, 2007

Panduan solat ketika dalam perjalanan

Oleh Datuk Kamal Muhammad
Sumber : Berita Harian

IBADAT solat fardu lima waktu, adalah satu kefarduan Allah ke atas umat Islam yang istimewa, begitu berharga, wajib diambil perhatian berat untuk pelaksanaannya dan tidak boleh sama sekali diambil ringan, apa lagi diabaikan. Allah mengundang kekasih-Nya Nabi Muhammad SAW hadir kehadrat-Nya untuk menerima kefarduan itu. Perintah mendirikan solat tidak dikirim melalui wahyu dengan perantaraan Malaikat Jibril seperti perintah yang lain. Di dunia ini, selepas perintah beriman, solat adalah perintah amalan yang pertama diwajibkan sementara di akhirat nanti, solat adalah amalan pertama yang akan diperiksa, disoal dan dinilai.

Menunai kewajipan solat fardu yang lima ini menghasilkan banyak manfaat dan pahala yang besar. Mengabaikan perintah solat menjadikan seseorang itu mendapat kerugian yang tiada taranya. Hadis dikeluarkan Imam Ahmad dan Imam Ibn Hibban daripada Naufal bin Muawiyah yang bermaksud: "Kerugian orang yang luput daripada mengerjakan solat fardu seumpama orang yang kehilangan semua ahli keluarganya dan semua harta benda/kekayaannya." Solat fardu hendaklah didirikan dalam sebarang keadaan dan masa apabila sampai waktunya sama ada kita berada dalam keadaan senang atau susah, muda atau tua, sihat atau sakit, aman atau peperangan dan bermukim (duduk tinggal di satu-satu tempat secara tetap) atau musafir.

Dari segi tempat pula, solat fardu wajib didirikan di semua tempat, di daratan, lautan mahu pun udara. Hanya tiga kategori orang Islam mendapat pelepasan daripada kefarduan ini iaitu kanak-kanak, perempuan di dalam tempoh haid atau nifas dan orang gila. Maknanya, jika ada sesiapa yang ingin mengecualikan diri daripada menunaikan kewajipan solat, pastikan dirinya berada dalam antara kategori berkenaan. Jika tidak, hendaklah dia mendirikan solat pada waktunya. Jemaah haji akan berada dalam pelbagai keadaan yang boleh jadi sebahagiannya menyukarkan mereka mendirikan solat seperti ketika berada dalam kapal terbang, bas untuk perjalanan dari Arafah ke Muzdalifah dan ke Mina serta ketika kesibukan pergerakan di Tanah Suci. Ketika dalam kapal terbang atau bas, keadaan menjadi sukar untuk mendirikan solat dari segi kemudahan ruang tempat dan air untuk bersuci, sedangkan waktu solat datang dan akan berlalu pada masa jemaah haji berada dalam penerbangan atau kenderaan itu.

Berikut ialah panduan berkaitan solat dalam perjalanan dengan memberi tumpuan kepada solat dalam kenderaan dan solat menghormati waktu.
· Solat dalam kenderaan Ketika dalam penerbangan atau kenderaan, solat hendaklah didirikan dengan berdiri betul, sekiranya berupaya dan ada tempat bersesuaian. Jika tidak berupaya dengan sebab uzur atau kerumitan kerana tiada ruang bersesuaian, solat hendaklah didirikan dengan duduk tahiyat awal atau tahiyat akhir. Jika tidak berkuasa sedemikian, hendaklah duduk dengan apa cara duduk yang boleh, sekalipun dengan duduk di kusyen tempat duduk penumpang. Ketika berniat dan bertakbiratul ihram, hendaklah mengadap kiblat. Selepas itu teruskan solat dalam keadaan berdiri atau duduk yang dapat dilakukan dalam kenderaan atau kapal terbang itu. Jika tidak boleh, seperti dalam keadaan wajib memakai tali pinggang keselamatan, maka berniat dan bertakbirlah mengikut arah mana yang seseorang itu sedang duduk. Dalam keadaan duduk, rukuk dilakukan dengan menurunkan anggota mulai kepala hingga pinggang, separuh daripada keadaan sujud, Sementara dua tapak tangan di atas bahagian lutut. Sujud dilakukan seperti biasa, jika boleh. Jika sujud tidak dapat dilakukan seperti biasa kerana tidak boleh bergerak daripada tempat duduk atau tiada ruang yang membolehkan sujud, maka turunkan anggota kepala hingga ke pinggang ke arah lantai di paras maksimum yang boleh, sementara dua tapak tangan diletakkan di mana-mana tempat yang boleh. Dalam keadaan kepala tidak dapat digerakkan, maka untuk rukuk, pejamkan mata pada kadar separuh pejam dan untuk sujud, pejamkan mata sepenuhnya. Duduk tahiyat sama ada awal atau akhir, hendaklah duduk dengan apa cara yang boleh. Maknanya, solat wajib dikerjakan.
· Faaqid At Tahurain (Solat dalam keadaan tanpa dua suci) Tidak sah solat melainkan dalam keadaan suci daripada najis, hadas kecil dan hadas besar. Bersuci daripada najis, hendaklah mengikut cara bagaimana membersihkan najis, sama ada mughallazah, mutawasitah atau mukhaffafah. Bersuci daripada hadas kecil dengan berwuduk dan bersuci daripada hadas besar dengan mandi wajib. Jika seseorang itu ingin mendirikan solat, tetapi tidak ada air untuk bersuci atau ia keuzuran untuk menggunakan air, maka hendaklah ia bertayamum. Jika tidak ada debu tanah untuk tayamum kerana berada dalam kapal terbang, maka hendaklah dirikan solat apabila masuk waktunya dalam keadaan tanpa dua suci iaitu solat tanpa bersuci dengan air dan tanpa tayamum. Solat itu kerana menghormati waktu iaitu membesarkan Allah dalam waktunya. Solat yang dikerjakan dalam keadaan tanpa dua suci ini, wajib dikerjakan semula apabila tiba ke destinasi dan mendapati air untuk bersuci di sana. Ini jika waktu solat masih ada dan jika sebaliknya, solat itu hendaklah diqada.

Sunday, September 30, 2007

Makna Bacaan Dalam Solat

Allah Maha Besar
Doa Iftitah :
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah :
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. Bacaan ketika rukuk :
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk :
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal :
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud :
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud :
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal :
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir :
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut :
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. "wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"


terima kasih :
Associate Prof Dr. Ismail Abdullah
Institute for Mathematics Engineering,
UniMAP, 02600 Jejawi, Perlis.
baling-net@yahoogroups.com

Sunday, August 19, 2007

7 kalimah suci

Sabda Rasulullah :
Barang siapa yang hafal dan mengamalkan 7 kalimah suci ini akan di muliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak bih di lautan

1. BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM
Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu

2. ALHAMDULILLAH
Ketika habis melakukan sesuatu

3. ASTAGFIRRULLAH
Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk

4. INSYAALLAH
Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang

5. LAHAULA WALA QUWATA ILLAH BILLAH
Bila tidak dapat melakukkan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. INNALILLAH WAINNA ILLAHIRAJIUN
Jika menghadapi misibah atau melihat kematian

7. LA ILA HA IL LALLAH
Bacalah sepanjang hari, siang dan malam sebanyak-banykanya, semoga kita tergolong di dalam orang-orang yang terpilih oleh Allah.

Wednesday, August 15, 2007

cara meludah

salam

Cara ludah? Kadang kita tidak perasan ,kita selalu meludah air liur merata-rata dan tanpa menghirau tempat tu kotor atau tempat najis. Di dalam islam asal nak meludah pun air liur sekali pun ada cara-caranya. Kalau nak meludah air liur atau apa-apa di dalam mulut janganlah di depan orang ramai atau orang sedang menjamu selera. Kita sebagai umat islam mesti menjaga kebersihan dan jangan meludah air liur di tempat-tempat yang kotor seperti didalam tandas, longkang dan tempat-tempat kotor yang lain. Yang amat penting kita perlu tahu ialah :

1) Jika meludah kekiri - Kita akan meludah kepada syaitan/Iblis

2) Jika meludah ke kanan - Kita seperti telah meludah ke arah Nabi kita iaitu Mohammad SAW ( Nauzubilah)

3) Jika meludah Ke depan - Kita seperti telah meludah kearah ALLAH SWT. ( Nauzubilah )

Jadi ingat-ingatlah ketika ingin meludah tu. Meludah lah selalu ke sebelah kiri.

Thursday, August 2, 2007

Rumah Ku Syurga Ku

Akidah, akhlak baik wujudkan kebahagiaan rumah tangga
Oleh Endok Sempo Mohd Tahir
Ahli Jawatankuasa Wanita JIM

Berita Harian : 3 Aug. 2007

SEMUA mendambakan rumah yang aman damai ibarat syurga tanpa gangguan dan ketakutan. Segala kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan, suka dan ceria terangkum dalamnya. Hal ini dilukiskan dalam sebuah harapan, ‘Rumahku Syurgaku’. Syurga tidak disediakan Allah untuk syaitan, tetapi disediakan untuk orang beriman, yang sentiasa menyucikan dirinya dan membersihkan jiwanya dengan taat kepada Allah.

Kriteria pertama kerana ibadat diamalkan dan aqidah dipegang orang yang berada dalam rumah itu, manakala kedua, kerana akhlak dan perilaku penghuninya. Penghuni rumah itu terdiri daripada orang yang sentiasa menjaga akhlak, kelakuan dan perilaku ketika berinteraksi sesama anggota keluarga, rakan taulan serta jiran tetangga.Ciri rumah mereka yang menjaga ibadat:

  • Penghuni rumah yang sentiasa menyucikan dirinya dan sentiasa ingat kepada Allah, mereka menjaga kesucian badan, membersihkan diri selepas buang air besar atau kecil dengan cara yang betul, tidak membuang air besar di dalam air. Kebersihan diri menjadi budaya dan sebagai ibadat dalam bentuk mandi kerana hadas besar seperti mandi junub, haid dan nifas, menggosok gigi dengan siwak, memotong kuku, mencukur bulu, merapikan janggut dan lain-lain.
  • Mereka juga menjaga kebersihan batin. Hatinya suci daripada dendam dan hasad dengki. Lidahnya dijaga supaya tidak menyakiti orang lain serta tidak menuturkan kata kotor dan tidak berfaedah. Fikiran dan lidahnya hanya mengingat dan menyebut Allah sepanjang waktu.Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyintai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri?” (Surah al-Baqarah, ayat 222)
  • Rumah dipenuhi alunan bacaan al-Quran dan zikrullah. Orang yang sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah perumpamaan mereka seperti digambarkan dalam firman Allah bermaksud: “Mereka itu ialah : Orang yang bertaubat, beribadat, memuji Allah, mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, sujud, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada kejahatan, serta menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakan orang yang beriman (yang bersifat demikian).” (Surah at-Taubah, ayat 112)
  • Rumah yang penghuninya sentiasa bersikap benar, jujur dan memenuhi janji.
  • Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga punca pemakanan dan hanya mengambil yang halal saja. Makanan halal dari segi penyediaannya menurut syariat, tidak diambil daripada harta anak yatim, bukan hasil rampasan, penganiayaan, penipuan, bukan hasil rasuah dan bukan hasil riba.
  • Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan tali silaturahim. Rumah yang dipenuhi kecintaan, kasih sayang, kelembutan, tolak ansur, sabar adalah orang yang menjaga silaturahim. Menghubungkan silaturahim wajib mendapat pahala dan memutuskannya haram dan berdosa.
  • Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga adab dan berbakti kepada kedua orang tuanya. Mereka menyayangi kedua ibu bapanya, tidak derhaka kepada keduanya, menghormati keduanya, mendengar nasihat mereka dan bermesyuarat dalam sebarang keputusan yang akan diambil. Apabila ibu bapa sudah tua, berikan perhatian terhadap diri dan emosi, kesihatan, kewangan dan apa juga keperluan mereka.
  • Rumah yang penghuninya terdiri daripada pasangan yang salih dan salihah, saling faham memahami, bekerjasama serta bertolak ansur.
  • Rumah yang penghuninya melaksanakan hak dan kewajipannya. Suami dan isteri melaksanakan tanggungjawab dan menunaikan hak masing masing. Bukan suami curang dan isteri derhaka.

Monday, July 23, 2007

WAKTU YANG DIHARAMKAN BERSOLAT

1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit, contoh waktu subuh dari 5.35pg ke 7.05pg 7.05pg + 28mins = 7.33pg. Oleh itu 7.05pg ke 7.33pg ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari. Rasulullah s.a.w. mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai orang yang meyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7pagi dan ingin mengqadakan solat subuh, kita harus melepasi waktu syuruk ini.

2. Waktu zawal / istiwa / rembah iaitu waktu matahari berada tegak di atas kepala iaitu apabila berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali di bawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5 ke 10mins sebelum masuknya waktu zohor.

3. Waktu fadilat /afdal untuk bersolat ialah sepertiga waktu selepas azan iaitu 20mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat, kecuali solat isyak, afdalnya ialah sepertiga malam iaitu sesudah azan hingga 10.30malam.